ACTIVITIES
Ma’rufian Week
Februari 23 – Ma’ruf Club telah mengadakan “ Ma’rufian Week ” bermula dari 20 hingga 23 Februari bertempat di Female Entrance Masjid UIAM. Objektif diadakan minggu ini adalah untuk menarik minat mahasiswa-mahasiswi untuk menyertai Ma’ruf Club bagi memperluaskan lagi skop dakwah yang dibawa oleh Ma’ruf Club.
Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan pada minggu ini. Pada hari pertama dan kedua, ahli-ahli Ma’ruf Club telah mengedarkan risalah-risalah berkenaan dengan Ma’ruf Club di hadapan Azman Hashim Complex dan Female entrance Masjid UIAM. Sekali lagi gelombang Ma’ruf Club dapat dilihat apabila semua ahli memakai pakaian berwarna oren iaitu tema warna Ma’ruf Club dan membawa belon berwarna oren.
Pada hari ketiga, Ma’ruf Club telah mengadakan satu program iaitu “ Selamatkan Syria”. Objektif yang ingin disampaikan kepada semua mahasiswa-mahasiswi melalui program ini ialah supaya kita sebagai umat Islam mengambil peduli apa yang berlaku di negara-negara Islam seperti Syria.
Pada hari terakhir, pengedaran risalah dijalankan dan pada waktu petang pula Ma’ruf Club bersama-sama SRC, dan KBS telah mengadakan “Grand Down To Earth”. Dakwah tidak pernah berhenti. Diharapkan, mahasiswa-mahasiswi sudi membantu Ma’ruf Club untuk menyebarkan dakwah di setiap pelusuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini. Nantikan Annual Grand Meeting Ma’ruf Club pada 5 Mac 2012.













Comment
Ckin Kembaq
28 February 2012 at 8:38 AMdah berubah wajah blog marufclub.. ^_^ tahniah..