Maruf Club

Indahnya Nasyid : Forgive Me by Maher Zain
Bismillahirrahmanirrahim..

Siri INDAHNYA NASYID membuka tirai…

Nasyid merupakan salah satu method dakwah yang lebih santai, sepertimana yang terdapat dalam satu rangkap dari kumpulan Raihan “Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah..”. Mahupun begitu berapa ramai yang mengambilnya sebagai satu mesej penting ingin disampaikan oleh penggubal lagu?? Atau kita sekadar mendengar irama dan muzik?? InsyaAllah siri ini akan ketengahkan betapa INDAHNYA NASYID. Semoga kita sama-sama dapat pengajaran dari nasyid-nasyid yang dimainkan.

Siri 1 diambil dari album Forgive Me dari penyanyi terkenal antarabangsa Maher Zain. Sebelum itu, kita mulakan dengan 1 potong ayat dari Surah Al- Furqan, ayat 70.

Allah berfirman:

“ Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan )pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

FORGIVE ME

I’m about to lose the battle and cross the line

I’m about to make another mistake

And even though I try to stay away

Everything around me keeps dragging me in

I can’t help thinking to myself

What if my time would end today, today, today??

Can I guarantee that I will get another chance

Before it’s too late, too late, too late

Am I out of my mind?

What did I do? Oh, I fell so bad!

And every time I try to start all over again

My shame comes back to haunt me

I’m trying hard to walk away

But temptation is surrounding me, surrounding me

I wish that I could find the strength to change my life

Before it’s too late, too late, too late

Hidup di dunia ibarat peperangan, berperang dengan nafsu sendiri. Menjadi adat dalam peperangan pasti ada pihak yang kalah dan menang. Manusia boleh menang dan juga boleh kalah dengan nafsu sendiri. TETAPI tidak bermakna kalah sekali akan kalah selamanya, Allah sentiasa buka peluang pada hamba-hambaNya untuk menang.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Bahawasanya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumya” [riwayat Imam At-Tarmizi]

Oleh itu, pentingnya untuk MUHASABAH atas kekalahan kita agar dapat susun strategi KEMENANGAN dengan penuh KEKUATAN dan kekallah dalam kemenangan itu.

Forgive me

My heart is so full of regret

Forgive me

Now is the right time for me to repent, repent, repent

I know O Allah You’re the Most-Forgiving

And that You’ve promised to

Always be there when I call upon You

So now I’m standing here

Ashamed of all the mistakes I’ve committed

Please don’t turn me away

And hear my prayer when I ask You to.

Malulah dengan dosa-dosa yang kita lakukan, tetapi jangan malu untuk memohon taubat dari Allah. Sesungguhnya Allah SANGAT suka dan gembira terima taubat.

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hambaNya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang hilang daripadanya di tengah hutan” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

So?? Tunggu apa lagi?? Mula dan teruskan langkah mengejar REDHA ALLAH..

Masturah Makki

Assistant Chairperson of Da’wah & Tarbiyyah

Ma’ruf Club IIUM

Cerpen : Terusir
“Pembersihan Etnik”

Itu yang aku dengar. Dari suara-suara yang menyampaikan. Mahupun dari bicara-bicara yang menakutkan. Aku tak tahu Etnik yang mana. Melayu, ataupun Islam. Yang aku tahu:

Kami, akan dibersihkan. Dibersihkan maksudnya dihapuskan. Dan dihapuskan hanya ada satu maksud,

Mati.

Daerah-daerah lain aku dengar sudah tiada. Hancur dek bom api yang memakan segala. Aku dengar, menara K.l hanya tinggal nama. Sejauh mana kebenarannya, aku tidak tahu.

Sekarang semua diarahkan berkurung. Berdiam diri. Entah sampai bila.

Keadaan jadi darurat. Malaysia sekarang benar-benar sunyi.

Aku tak tahu sejauh mana kami telah diceroboh. Malam hari, dapat jelas kedengaran bunyi tembakan dan letupan. Apapun, wilayah kami masih lagi selamat. Selamat untuk hari ini. Esok… Aku tidak tahu. Dan kami terus meniti waktu.

Aku pejam mata. Berpeluh. Terbayang peristiwa 3 hari lepas. Sewaktu aku berjalan menyorokkan diri di bandar. Aku lihat sendiri kerakusan tentera laknat itu.

“Tolongg…tolong..”

Seorang wanita mengandung merayu meminta tolong. Bulat perutnya. Dia terseret di jalan. Dengan pakaiannya koyak rabak, menampakkan separuh badan. Air matanya berjejeran. Dia disepak-sepak. Ditendang-tendang oleh mereka yang beruniform hijau itu. Mereka sekadar ketawa.

Dan aku lihat, dengan mata sendiri. Seorang askar mengeluarkan pisau belati. Dengan giginya yang menyeringai.

“Zapp!”

Dia membelah perut wanita itu hidup-hidup. Merobek, kemudian mengeluarkan janin di dalamnya.

Wanita itu tergeletak sesaat. Matanya terbeliak. Sebelum perlahan-lahan matanya tertutup rapat.

Aku membuka mata perlahan. Benar-benar tak mampu untuk membayangi peristiwa itu sekali lagi. Tangan aku bergetar. Tak tahu bergetar kerana terlalu takut ataupun geram.

Dan sekarang kami di sini. Takut. Gementar. Resah. Itu rasa yang sebenarnya ada pada hati setiap orang di taman ini. Takut-takut bila Israel itu akan datang meragut keamanan kami.

“Bamm!”

Bunyi tembakan memecahkan kesunyian petang. Hati aku jadi cuak. Dari celah ruang tingkap, ternampak trak askar berjalan dengan penuh manusia anjing di dalamnya. Bunyi tayar menderu. Mereka menembak rambang.

Bunyi tingkap pecah. Askar yang kejam!

“Mak, ayah, adik! Cari tempat persembunyian! Cepat!”

Aku kelam kabut. Cuba sedaya upaya menyelamatkan diri dan keluarga. Tak sampai berapa saat. Pintu rumah kami ditendang. Pecah. Endor Blaster Rifle diangkat. Ditujukan ke arah kami.

Masuk 3 orang askar. Berjalan angkuh.

“Where is Su’aidi?!!” Kasar seorang dari mereka bertanya.

Di bajunya tertera nama. “George”. Angkuh. Aku sudah mengepalkan penumbuk. Kurang ajar! Masuk tanpa izin, berlagak macam tuan rumah!

“There is no Su’aidi here! Get out from this house..!” Ayah menghalau.

“Heh..”

George tersengih, menurunkan riflenya. Mengeluarkan pisau belati.

“You, shit!” Pisau ditujukan laju dari tangan kanan. Terus perut ayah..

Ayah hanya berdiri diam. Menunggu serangan. Menampan keras dengan tangan kiri. Terus, laju memberi tumbukan ke perut George. George terduduk. Ayah ingin meneruskan serangan. Ingin memberi hentakan lutut ke muka apabila langkahnya terhenti.

Kepalanya diacu tepat senjata oleh rakan George. Terasa sejuk di kepala.

“Abang..! ” Mak meluru.

George merentap tudung labuh mak. Mak tertarik. Jatuh ke bawah. George bangun.

“Hey, you!” Memegang kepala ayah. Menghantak keras dengan topi tenteranya.

Ayah terduduk. Darah mengalir. Melihat darah ayah membuatkan darah aku rasa ngilu. Bulu roma meremang. Celaka! Amarah aku pula kian memuncak. Menuju laju ingin menyerang.

“Berhenti Wan!..”

Langkah aku terhenti. Melihat mata mak. Mata mak sayu. Aku tahu dia tak mahu anaknya mati di depan matanya. George memegang baju belakang aku. Menarik tinggi. Menhempas ke luar pintu.

“All of You! Get out from this house! Or i will kill you!” George menyeringai. Menendang punggung aku ke luar pintu. Aku tersembam ke tanah.

Kami keluar. Adik aku berada di bawah meja tadi. Melihat kami bergaduh. Melihat ayah dihentak. Melihat mak direntap. Dia keluar menangis memeluk mak.

Aku lihat ramai yang sudah keluar. Jiran-jiran berkumpul. Mereka duduk bercangkung. Tangan diletakkan di atas kepala. Aku lihat ada mayat jiran aku di hujung. Matanya lebam. Bajunya penuh darah. Mesti dia memberontak tadi. Aku mendengus.

“I think you should tell me! Where Su’aidi now?!”

“Or.. all of u gonna die!” George mengancam. Melaungkan suara sekuat hati.

Aku pernah dengar nama Su’aidi. Dia adalah mujahid yang mengetuai perjuangan menentang Israel semenjak mereka masuk. Gerakan tersembunyi. Tapi dia memang tiada di sini.

“Please, let us go.. Su’aidi is not here..” Seorang penduduk merayu.

“Don’t make me fool, rubbish!”

George hanya memandang sinis. Berjalan melihat setiap orang di situ. Tiba-tiba dia terhenti. Melihat ke arah Kak Sarah. Memandang penuh nafsu.

Muka Kak Sarah memucat.

Tersenyum. Dia memegang pipi Kak Sarah.

“You are so beautiful.. I will let all of you go if i get this girl..”

Nafsunya memuncak. Menjelir-jelir ghairah.

Ingatan aku terimbas pada 8 tahun lepas.

“Wan, kenapa sedih je ni..”

Aku mendongak. Owh, Kak Sarah.

“Kenapa apa yang Wan buat, selalu tak jadi? Selalu tak dapat ya kak?” Aku bermasam muka. Menyembunyikan tangisan sebenarnya.

Kak Sarah tersenyum.

“Itu tandanya Allah nak uji Wan.. Allah sayang Wan..”

“Allah sayang Wan?”

“Ya, Allah sayang Wan. Cuma Wan kena bersabar… Setiap perkara pasti ada hikmahnya”

Kak Sarah. Anak solehah kepada Pak Rahim ini manis orangnya. Bertudung labuh dan sentiasa tersenyum. Jubahnya yang beralun tika angin meyisir selalu melembutkan. Menyejukkan mata, menenangkan hati. Akhlaknya indah. Penyayang malah. Aku amat kagum padanya.

Dia jiran aku. Hanya sebelah rumah. Muslimah yang 7 tahun lebih berusia dariku. Hanya dengan aku, jirannya yang sudah dianggap adik sahaja dia bermesra dengan yang bukan muhrim.

“Wan nanti nak masuk Uia lah..”

“Erm? Kenapa Wan nak masuk Uia?”

“Wan nak jadi baik dan taat agama macam akak.. Wan nak jadi soleh juga”

Kak Sarah ketawa kecil. Comel.

“Wan tak perlu untuk masuk Uia untuk jadi soleh..”

“Maksud akak?”

“Letakkan Allah di hati Wan. InsyaAllah, kat mana Wan ada. Wan tetap akan jadi soleh.”

Kak Sarah meletakkankan tangan di dadanya.

Wahai jiwa yang lembut. Semoga dirimu bahagia selalu. Aku selalu bercita-cita. Bila aku dewasa nanti, aku ingin mencari isteri seperti Kak Sarah. Punyai hati yang bening, mampu mengheningkan hati yang lain.

“Akak. bila kita akan dapat nikmat sabar tu ya?”

Kak Sarah menjeling.

“Berapa lama Wan dah tunggu?

“Lama..”

Kak Sarah menghadiahkan senyum nipis segaris.

“InsyaAllah, Wan akan dapat.. Kalau tak kat dunia. Pasti akan dapat di syurga nanti Wan. Bersabarlah ya.. Kerana sabar itu…..”

“Kerana sabar itu?”

Kak Sarah senyum bergula.

“Kerana sabar itu cantik.”

“You are so beautiful.. I will let all of you go if i get this girl..” George merenung wajah Kak Sarah.

Nafsu George memuncak. Menjelir-jelir ghairah.

“Jangan kau sentuh dia, syaitan!” Pak Rahim meningkah tangan George.

“Sarah, lari cepat!”

Sarah terketar-ketar. Berpaling. Ditangkap oleh rakan-rakan George. Mereka ketawa. Sarah mula mengalirkan air mata dalam takut.

“Jangan kau kacau anak aku!” Pak Rahim hilang kawalan. Terus menumbuk muka George. George mengelak sikit.

“Old Shit!”

Hulu senjata diangkat. Terus ditujah ke muka Pak Rahim. Pak Rahim terus jatuh tersungkur. Tersembam mulut menyentuh tanah. Kasar.

Kami kaget. Darah mula keluar dari mulut Pak Rahim.

“Ayahhhh!”

Melihat keadaan ayahnya, Rahman terus meluru laju. Wajahnya menggila menonton kakak dan ayahnya diperlakukan begitu.

“Heh..”

“Bang!”

Rahman terduduk. Melutut. Dia memegang perut. Terasa pandangan jadi kabur. Dia tersenyum. Tangannya terasa mengalir cecair hangat, darah. Merah. Peluru menembusi perutnya tadi.

Dia tersenyum lagi.

“Selamat tinggal… kak..”

Rahman rebah ke tanah.

“Rahmaaannn…!” Kak Sarah menjerit. Menangis.

Darah aku memuncak. Aku hilang kawalan.

“Yahudi celaka!”

Aku menerjah ke hadapan. Orang-orang di sekeliling aku menahan.

“Lepaskan aku!”

“If you still love that boy, take care of him carefully!” Seorang askar sinis menunjukkan senjata tepat ke dahi aku. Aku mendengus. Merenung tajam dalam pelukan orang ramai.

George memandang mayat Rahman hanya dengan hujung mata. Dia ketawa.

“No one will disturb me now..” George melonggarkan ikatan tali pinggang dan seluar askarnya. Tersenyum ghairah memandang Kak Sarah yang menangis menggigil.

Dia memegang kedua-dua lengan Kak Sarah. Menolaknya ke dalam rumah. Rakan-rakan George beberapa orang turut ikut sama. Yang lain, terus mengacukan senjata kepada kami. Memandang kami seakan kami ini haiwan belaan. George dan rakan-rakannya di pintu ketawa galak. Menutup pintu.

Dari luar, jelas kedengaran gelak tawa mereka. Bunyi koyakan baju. Bunyi jeritan Kak Sarah. Raungan kecil seperti sedang melawan. Kemudian menjadi bunyi deraman, seakan-akan mulutnya ditutup. Bunyi menahan kesakitan. Mengerang. Kemudian menjadi sunyi, sebelum perlahan terdengar esak tangis Kak Sarah.Tangisan sayu yang berpanjangan.

Tangisan sayu yang lama. Tangisan seorang wanita yang baru dirampas kehormatannya.

Sunyi.

George keluar. Membetulkan tali pinggangnya di muka pintu. Dia menjelirkan lidah, mengusap bibir dengannya. Seakan baru menikmati sebuah hidangan yang lazat.

“What a really tasty woman. She is still virgin. How lucky am i.. Hahaha” George ketawa terbahak-bahak.

Darah aku naik memuncak laju. Kepala aku seakan jadi ringan. ‘Akal seperti sudah hilang arah panduan. Perkataan ‘tasty’ dan ‘virgin’ dari mulut Garry seakan-akan bara yang memuntahkan lava untuk aku.

“Letakkan Allah di hati Wan. InsyaAllah, kat mana Wan ada. Wan tetap akan jadi soleh.”

Kak Sarah.

Wajah Kak Sarah yang redup, seakan jadi bayangan di mata. Aku mencapai pisau yang aku simpan. Menggila. Berlari sekuat hati menuju ke arah George dengan satu jeritan panjang.

Yang aku ingat,

Aku hanya nampak senyuman George. Dan hulu senapang yang kian membesar di mataku.

Sebelum segala-galanya menjadi gelap.

Langit gelap.

“Abang, sampai bila kita akan macam ni ya?” Tanya Karim, adikku. Dalam pelatnya yang masih berusia 8 tahun. Mengesat peluh dalam terik yang membahang panasnya.

Dia meneliti di celah-celah runtuhan rumah kami. Mencari-cari jika seandainya masih ada barang yang digunakan.

Aku duduk. Mengikat barang-barang ke dalam kain pelikat yang akan kami bawa. Berdiri, merenung langit Malaysia.

Lapang.

Sudah tiada lagi bangunan pencakar langit yang dimegahkan. Sudah tiada lagi keagungan yang dibangga-banggakan.

Rumah kami, bukan rumah kami lagi. Tempat kami, bukan tempat kami lagi. Negara kami, kami dibuang darinya.

“Tak ada orang yang nak selamatkan kita ke bang? Tak ada orang yang nak datang bantu kita ke? Kan banyak orang Islam kat luar?”

Aku merenung dalam. Dulu, ketika kami selamat. Semua leka. Seronok dibuai mimpi manis. Berpesta siang malam. Seronok. Halal haram, ntah dicampak ke mana. Bercampur segala. Berleluasa semua. Maksiat tak perlu dicari. Buka mata sahaja sudah boleh nampak. Tutup mata juga boleh dengar. Judi, apatah lagi, sudah terang-terangan dihalalkan kerajaan ketika itu.

Adakah ini bala Allah untuk kami?

“Ntah lah dik.Negara Islam.Hurm.. Mungkin mereka masih seronok di sana lagi.. Ada orang ke yang nak ingat kita di sini?..” Mengeluh mungkin. Memikirkan pemimpin-pemimpin Islam yang tidak habis-habis berunding.

Tiada penyelesaian.

Aku mengangkat barang. Menuju ke barisan yang sedang beratur panjang di jalanan. Jalan yang sangat panjang. Satu perjalanan, yang sudah tidak pasti arah tujuan

Ada yang mendukung anak kecil. Ada ibu tua yang mengangkut barangan. Ada wanita-wanita mengandung yang membusung perutnya, tetap tegar berjalan mengangkat barangan.

Aku membimbing adikku. Berjalan menyusuri tanah. Tanah yang penuh mayat-mayat yang bergelimpangan.

Memulakan perjalanan yang aku tidak tahu, bila hujungnya. Mencari rumah dan kediamanan yang tiada. Perlindungan yang tiada disua.

Masa depan yang mendung.

Nadwan terbangun. Berpeluh-peluh. Bajunya basah, lencun dipenuhi keringat. Nafas tercungap-cungap.

“Ko kenapa Wan?”

Memandang-mandang sekeliling. Masih tidak percaya.

“Aku.. aku mimpi… Negara kita dijajah.. Negara kita diserang.. Mayat bergelimpangan..” Nafasnya masih turun naik.

Masih menoleh memandang keadaan sekeliling.

“Aku.. takut. Tak ada orang tolong kita.. Aku nampak mayat bergelimpangan.. Kita.. Terusir dari negara kita sendiri..” Nadwan hampir menangis.

Rahman menunduk. Dia menangis.

“Wan, memang kejadian tu pernah berlaku.. Pada saudara kita..Cuma kita selalu tak sedar..”

“Pernah berlaku?…”

“Nakba. Peristiwa Nakba. Pengusiran rakyat Palsetin dari kediaman mereka… Saudara kita terusir Nadwan..”

Nadwan menunduk. Sebak. Membayangkan dirinya menjadi saudara di Palestin. Dibunuh, dirogol, dihina.

Terusir..

Tamat.

Majdi Nadwan

Beliau merupakan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Lawati blog beliau di ilasyahid.blogspot.com

Layakkah Menggelar Bapa Kafir?
Beberapa hari sudah berlalu , desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak menunjukkan tiada sebarang respons yang diberikan oleh Tan Sri Rahim Nor berhubung dakwaannya menggelar Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat sebagai ‘Father of Kafir’. Malangnya, beliau ‘bijak’ pula bersandiwara dengan menafikan kenyataan tersebut. Kenyataan biadab ,melampau dan keterlaluan yang disiarkan oleh New Straits Times pada 8 Mei 2012 ini bukan sahaja mengguris hati masyarakat Kelantan bahkan seluruh pencinta-pencinta agama Islam di Malaysia khususnya, dan di peringkat dunia amnya.

Tuan Guru Nik Aziz merupakan Mursyidul Am sebuah gerakan Islam dan juga ulama’di Malaysia. Beliau merupakan penegak kebenaran dan penentang kebatilan. Bukan ‘kaki bodek’ kepada sang penguasa. Kenyataan ZALIM yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara terhadap Ulama’ tersohor ini ‘WAJIB’ disanggah berdasarkan firman Allah s.w.t

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, janganlah kebencianmu kepada sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana ia lebih dekat kepada taqwa, Dan bertaqwalah kepada Allahsesungguhnya Allah maha mengetahui segala yang kamu lakukan.( Al-Ma’idah, ayat 8 )

Menuduh orang lain dengan tuduhan kafir atau sesat adalah dosa yang besar. Jika kita tahu bahawa seseorang tidak kafir atau sesat atau fasik, tetapi kita sengaja menuduh imannya yang sah itu sebagai kafir atau sesat, atau menuduh dirinya yang tidak fasik itu sebagai fasik, maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh. Sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya : barangsiapa yang menyeru seseorang yg gelaran kufur, atau memanggilnya dengan gelaran musuh Allah, sedangkan dia tidak begitu, maka panggilan itu akan kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun begitu, kita juga hendaklah sedar, di sana ada batas-batas iman dan kufur. Ini seperti sesiapa yang dengan jelas tanpa sebarang andaian lagi menghina Allah dan RasulNya, maka dia terkeluar dari Islam. Demikian juga jika dia menentang secara jelas tanpa sebarang andaian lagi apa yang ditetapkan oleh Allah dengan jelasnya seperti pegharaman arak, judi, zina dan seumpamanya. Sesiapa yang menghalalkan perkara-perkara tersebut atau menentang pengharaman perkara-perkara tersebut dari segi hukum agama, dalam keadaan sedar dan faham maka dia terkeluar dari Islam.

Namun, kita hendaklah berhati-hati apabila menghukum seseorang dengan hukuman murtad atau kufur atau sesat atau seumpamanya. Hal ini kerana, hukuman umum tidak sama dengan hukuman khusus. Hukum umum menghina hukum Islam yang jelas seperti azan membawa murtad, tetapi individu tertentu yang menghina tidak boleh terus dihukum murtad. Hendaklah dilihat keadaannya, maksud ucapannya, kefahamannya dan berbagai latar yang lain.

Firman Allah s.w.t ,mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Hujurat:11)

Larangan memanggil Muslim dengan gelaran yang buruk adalah sangat ditegah di dalam al-Quran. Sebab penurunan ayat 11, Surah al-Hujurat berkisar mengenai sahabat Nabi SAW iaitu Thabit yang memanggil seorang dengan gelaran buruk di zaman jahiliah yang menyebabkan orang itu menjadi malu. Jika memanggil dengan gelaran buruk sudah ditegah, apatah lagi menuduh seseorang Muslim itu sebagai ‘kafir’.

Justeru, saya mewakili seluruh saf kepimpinan Maaruf Club membantah kenyataan biadab dan tidak bermoral yang dikeluarkan oleh oleh Tan Sri Rahim Nor selaku mantan Ketua Polis Negara terhadap Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat. Maaruf Club juga menuntut untuk mereka yang terlibat dalam hal ini agar bertaubat kepada Allah dan memohon maaf secara terbuka kerana perkara ini jelas telah memalukan nama mereka yang terlibat. Beliau seharusnya menunjukkan kredibiliti yang tinggi selaku orang pertama yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal keselamatan dalam negeri suatu ketika dahulu. Tokoh-tokoh dalam negara seperti beliau seharusnya mengamalkan akhlak-akhlak islami sebagai ‘role model’ kepada seluruh lapisan masyarakat di Malaysia.

Wallahua’alam.

Abdul Rahman bin Mustaffa

Penulis ialah Exco Da’wah & Tarbiyyah Maruf Club 11/12

Cerpen Ma’ruf Club : Hidup
Hari ini adalah hari-hari cinta. Hari nan cinta. Bak hujan yang selalu turun perlahan-lahan di bumi Uia ini, renyai-renyai membawa cerita kebanyakan penghuninya yang mempunyai ceritera tersendiri.

Kisah yang kadang-kala merapuhkan hati untuk terus mendengarnya.

Seperti kebanyakan manusia yang mempunyai lakaran novel masing-masing. Cuma tak semua yang tahu pada siapa ia mahu diceritakan.

“Hello? Anybody home?”

Tangannya digoyang-goyangkan di hadapan mata Qistina.

Qistina mengangkat kepala, lamunannya terhenti. Otaknya cuba memproses wajah di hadapannya. Loading..

3 saat.

Loading complete.

“Oh, Sal..”

Salwa ketawa.

“Berangan anak raja mana weh?”

Qistina tersengih menggeleng. Cis!

Salwa mengambil tempat duduk di hadapan Qistina. Di kerusi bulat yang berwarna oren itu. Bertemankan riuh rendah cafe Hs yang jarang sunyi.

“Qis, apa muka macam kucing tak makan seminggu je ni?”

“Tak ada apa, tak cukup Friskies je..”

Qistina melayan. Salwa tersenyum.

“Serius. Anything Qis?”

Salwa memegang tangan Qistina. Qistina mengukir senyum hambar.

“Aku rasa nak ambik study leave..”

“Zush!!”

Qistina menolak semua yang ada di atas meja dengan tangannya.

Kertas bertaburan di lantai. Segala peralatan tulis bertaburan menambahkan corak serakan yang semakin menyemakkan.

Nafasnya turun naik berulang kali.

Tangannya gementar. Dia berasa takut dengan dirinya sendiri. Ini kali pertama dia bersikap begitu. Melepaskan segala tekanan yang mendesak akal dan jiwa dengan melampiaskannya pada benda di sekeliling.

Sebentar, dia terduduk di atas katil.

Menangis teresak-esak yang kemudiannya menjadi tangisan yang menggambarkan maksud jiwa.

“Kenapa orang tak faham??”

“Do u really want to study here?”

Suara lecturernya terngiang-ngiang. Gulungan tugasan yang dihempas lecturernya di meja masih terbayang-bayang. Tangannya bergetar.

“Kita break, Ok? I rasa kita tak serasi..”

Wajah bekas cinta jiwa raganya pula bersilih. Qis mengaut syiling yang bertaburan, menggenggamnya erat-erat. Duit hasil penat lelahnya untuk menyara keluarga. Wang yang telah mencuri masa dan tenaganya setelah sekian lama. Malah hidupnya.

Kenapa semua tak faham. Hatta mak.

Exam final semakin menghampiri. Jiwanya tertekan. Himpitan itu dirasakan sungguh berat.

Syiling-syiling itu dilepaskan bertaburan.

Jatuh mengalir bersama air matanya yang gugur berderai..

Waktu yang mengalir laju, selalu kita terlepas nikmatnya. Sehingga nanti, saat kita tersedar, banyak perkara yang belum kita laksanakan. Dan sehingga umur ini, masih terlalu banyak yang perlu dipelajari.

Sedangkan saat terus berdetik, dan akhirat semakin menghampiri.

Duit di tangan dikira. Rm2.30. Qistina mengira-ngira.

Nasi putih Asma + kuah sikit + telur mata kerbau cair di tengah + air kosong.

“Jadi la kot…”

Lama juga dia tak makan. Bukan kerana diet atau lapar, tapi masalah yang menemani selalu membuatnya hilang selera makan.

Tapi lama-lama lapar juga.

Sayur diceduk. Telur ditekan perlahan di bahagian tengahnya, kemudian beraneka kuah di warnakan di atas nasi.

“Berapa kak?”

“Rm 3.00″

Erk. Qistina telan liur. Aku ingat kat Uia ni Cafe Farouq je yang mahal.

“Apa mahal sangat kak?”

“Betul lah.. Nasi seringgit, telur 80 sen. Sayur 60 sen. Air kosong lagi..”

Akak tu mencebik. Malas nak layan agaknya.

“Err, kalau macam tu saya letak balik la sayur ni..”

Sesorang tiba-tiba hampir perlahan meletakkan pinggan dan airnya.

“Saya bayar semua kak, berapa ya?”

Wang rm10 dihulur sebelah. Bertudung labuh kemas menutup dada. Wajahnya hanya tersenyum manis.

“Err..”

“Takpe sis, saya belanja..”

Dia menarik senyum lebih manis.

“Tq..”

Sepatah yang keluar. Tak tahu lagi apa yang dapat dikatakan. Kemudian terus laju mengambil pinggan dan airnya mencari tempat duduk kosong.

Qistina duduk.

Dari jauh, kelihatan sister tadi berjalan menghampirinya.

“Sorang?”

Qistina angguk.

“Boleh saya duduk sini?”

Angguk lagi.

“Amira..”

Sister tu memperkenalkan diri.

“Qistina.. Panggil Qis..”

“Wah, sedapnya nama..”

Qistina tersenyum. Dia mula rasa selesa. Rasa senang dengan cara pergaulan Amira yang mesra. Sebelum ni geng-geng ni dia anggap geng Malaikat je. Yang selalu pandang orang dengan sebelah mata.

“Thanx tadi..”

“Takpe, saya anggap hadiah hari Jumaat.”

Amira meletakkan plannernya di sebelah. Gaya macam baru habis meeting. Qis menjeling. Ada logo yang dia kenal.

“Maaruf Club?”

“Erm, Qis join juga ya? Biro mana?”

Geleng.

“Orang cakap budak baik-baik je boleh join..”

Amira ketawa.

“Semua budak Uia kan baik?”

Amira tersenyum.

“Tak nak hipokrit…”

Pendek Qis membalas.

“Pakai tudung labuh bukan semestinya baik..”

Dia menyambung ringkas.

“Setuju..”

Amira mengangguk sambil tersenyum. Aik, setuju pula dia.

“Bukan hipokrit, tapi proses. Kan selangkah kita pada Allah, seribu langkah Allah pada kita?”

Jus orennya diminum. Wap air itu menyejuk, berubah menjadi titisan air yang mengalir, dan terus membuatkan jus buah itu nampak amat segar dan menyelerakan.

“Apa yang best?”

Qistina membuka ruang. Amira menghulur sekeping kertas yang terselit di dalam plannernya.

“Team sister..”

Qistina memegang flyer di tangannya,

“Sweet..”

“Bila nak balik Qis?”

Suara di hujung talian kedengaran.

Qistina diam.

“Qis sibuk mak…”

Suaranya kedengaran ditekan, walau cuba dikawal. Mak tak pernah faham. Semua ni dibuat hanya untuk keluarga, dan keperluan dirinya.

Wangnya tak pernah cukup. Hidup di universiti bukan mudah, namun ibunya sukar memahami.

“Sibuk apa sampai tak boleh balik rumah?”

“Mak tak pernah faham Qis!”

Talian diputuskan.

Kosong.

Itu sebenarnya yang mencengkam dirinya.

Jiwa terasa amat kosong. Terasa sunyi walau ramai manusia di sekeliling. Mungkin ini yang dimaksudkan dan dirasakan Najwa Latif dalam lagunya ‘Kosong’ kot.

Tapi bukan Najwa kata dia tak sakit ke? Tapi aku sakit. Entahlah..

Bulan malam ni terang. Cerah di sebalik kubah Masjid Uia yang biru. Cantik.

“Kadang-kadang hidup ni letih kan? Rasa macam setiap penjuru dihimpit dan tiada ruang..”

Berjalan bersama Amira. Baru pulang dari ceramah Ustaz Don Daniyal anjuran Maaruf Club.

“Letih, kalau hati kita, kita biar kosong. Letih, jika kita relakan diri kita disibukkan dengan dunia dan ujian hidup yang tak pernah jemu nak hadir tanpa bagi sedikit ruang kepada Allah di hati kita. Best kan tazkirah Ustaz Don tadi?”

Qistina tersenyum mengangguk.

Lembut seperti bayu cara Ustaz Don menyampaikan tadi.

Memang rasa tenang bila ke kuliyah-kuliyah agama ni. Tapi bukan selalu dapat ke kuliyah ni. Kuliyah agama ni, ibarat waktu kita muhasabah diri dan ingatkan apa yang kita selalu lupa. Tapi..

“Apa beza dengan usrah? Bukan cukup ke kalau kita pergi dengar tazkirah dan kuliyah?”

Berjalan menyusuri jambatan melalui Azman Hashim Complex.

“Yup. Cukup je. Kan semuanya untuk kebaikan? Cumanya, dalam usrah, kita duduk bersama-sama member kita yang sama-sama berusaha ke arah kebaikan yang kita dapat tu. Terap dan kongsikan tazkirah dan pengalaman yang kita alami. Sama-sama proses diri jadi lebih baik. Azam untuk sama-sama mengingatkan..”

“Agar hati kita tak kosong selalu..”

Benar. Bukankah sahabat yang baik itu mengajak ke arah syurga dan bersama menjauhi neraka?

“Amira…”

“Erm..?”

Kening double jerk ala Hlovate diangkat.

“Qis nak join usrah Sweet Maaruf Club boleh?”

Amira tersenyum.

“With pleasure, my queen..”

Dan langit malam itu terasa sungguh indah..

Barang siapa bertaqwa kepada Allah, Allah akan berikannya jalan keluar. Memberinya rezeki dari jalan yang tak pernah disangka.

Dan Allah akan permudahkan urusannya.

Terasa manik halus mengalir saat menghayati mafhum ayat-ayat Quran ini dan berkongsi dengannya dalam usrah. Kan segalanya dari Allah, kan Allah yang menentukan semua? Lalu berapa ramai dari kita mengharungi hidup ini tanpa Allah di hati?

Qistina memerhati tangga-tangga yang tersusun di hadapannya. Tangga kayu lama yang menyimpan banyak kenangan bagi dirinya.

“Assalamu’alaikum..”

Hubungan dengan Allah, dan hubungan dengan manusia. Itu kunci untuk bahagia.

“Wa’alaikumussalam..”

Qistina tersenyum manis. Senyuman yang paling manis yang di pernah diberikan. Berjalan dan terus memeluk wanita tua itu..

“Qis sayang mak.. “

Dan hubungan dengan manusia itu, yang lebih penting lagi bila manusia itu ialah..

Ibu kita..

“Celupan Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya dari Allah?”-Al-Baqarah 138

Majdi Nadwan

Penulis ialah mahasiswa fakulti Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Solekh : Edisi 1 & 2
EDISI 1

EDISI 2

Keadilan vs Kezaliman
Negara Malaysia hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, iaitu suatu bentuk pemerintahan yang menggunakan pungutan suara rakyat sebagai asas dalam pemilihan kerajaannya. Ini merupakan salah satu komponen utama dalam pengamalan demokrasi bagi mana-mana negara yang telah mencapai status kemerdekaan. Demokrasi adalah suatu ideologi politik yang menekankan kepada konsep kebebasan dan kedaulatan yang bertunas daripada fahaman liberalism itu sendiri. Pada asasnya, demokrasi mempunyai tujuh asas utama yang mesti menjadi pengamalan negara-negara demokrasi iaitulah wujudnya kebebasan bersuara, media massa yang bebas dan berkecuali, pilihan raya diadakan secara konsisten, bebas dan adil, ada kebebasan berorganisasi dan berpersatuan, pemerintahan berasaskan majoriti, hak golongan minoriti dihormati dan akhir sekali wujud badan kehakiman yang senantiasa bebas dan berkecuali.

Sebagai sebuah medan untuk meraih sokongan dan keyakinan rakyat terhadap pemimpin, pilihanraya dilihat dari sudut kaca mata Islam sebagai sebuah medan jihad kerana jihad didefinisikan sebagai melaksanakan sesuatu usaha dengan cara bersungguh-sungguh. Dalam hal ini, ianya merujuk kepada usaha untuk meninggikan kalimah Allah dan meletakkan syi’ar Islam di tempatnya yang tertinggi. Dewasa ini, pilihan raya menjadi medium yang paling tepat untuk dimanfaatkan sebagai sebuah wasilah bagi mendapatkan kuasa pemerintahan seterusnya membolehkan hukum Allah ditegakkan di atas muka bumi ini.

Sirah Rasulullah SAW pernah mengukir hakikat bahawa Baginda SAW sendiri telah mengisytiharkan jihad perang sebagai wajib kepada kaum Muslimin dalam usaha memerangi golongan kuffar, menentang kezaliman serta menegakkan keadilan sejagat. Hal ini kerana, Islam pada masa itu mendapat tentangan musuh dengan cara berperang dan mengangkat senjata. Mengambil kira konteks di Malaysia, jihad pilihan raya menjadi satu kewajipan dalam memastikan cita-cita meletakkan kalimah Allah di tempat tertinggi tercapai, yakni dengan menjadikan pilihan raya sebagai medium terpenting untuk mengembalikan keamanan, melawan kezaliman sehingga keadilan dapat dinikmati oleh masyarakat daripada semua golongan.

Merujuk kepada kaedah usul Fiqh :

(Tidak akan sempurna sesuatu yang wajib melainkan melaksanakan sesuatu perkara, maka melaksanakan perkara tersebut adalah wajib)

Wajibnya melaksanakan hukum Islam di atas muka bumi menjadi asbab kepada wajibnya untuk umat Islam menyertai pilihanraya di Malaysia, hatta di mana-mana negara yang turut mengamalkan sistem yang sama. Tugas melantik pemimpin menjadi tanggungjawab setiap rakyat marhaen kerana pemimpin memainkan peranan utama yang menyelamatkan rakyatnya daripada kebinasaan di dunia dan akhirat. Setiap pemimpin akan dipersoalkan di akhirat kelak mengenai golongan yang berada di bawah pimpinnya. Oleh itu, adalah amat penting bagi masyarakat sesebuah negara supaya sentiasa bersikap teliti dan berhati-hati dalam memilih golongan yang akan memimpin mereka kerana golongan inilah yang akan memandu mereka sama ada menuju keberhasilan atau kemusnahan.

Realiti yang sedang berlaku di Malaysia masih belum menampakkan tanda-tanda yang positif dan sinar harapan ke arah merealisasikan cita-cita meletakkan kalimah Allah di puncak tertinggi. Korupsi yang bermaharajalela baik dalam kalangan pemimpin peringkat atasan mahupun peringkat bawahan, pelanggaran syari’ah secara terang-terangan dan berleluasa, terhakisnya norma-norma masyarakat lantaran iman yang semakin menipis saban hari menyebabkan sukarnya untuk kezaliman dihapuskan dan keadilan untuk ditegakkan. Jauhnya umat Islam hari ini daripada Al-Quran dan As-Sunnah bermula daripada peringkat kepimpinan sehinggalah kepada golongan yang dipimpin menjadikan keadaan masyarakat Islam semakin genting.

Pemimpin yang zalim dan menyalahgunakan amanah yang telah diberikan serta menindas rakyat demi memuaskan nafsu sendiri perlu digantikan dengan mereka yang benar-benar telus dan jujur untuk memimpin. Allah SWT telah memberi peringatanNya berdasarkan surah an-Nahl ayat 90 yang bermaksud ;

“Sesungguhnya Tuhan memerintahkan supaya menjalankan keadilan, berbuat kebaikan dan memberi kepada kerabat-kerabat dan Tuhan melarang perbuatan keji, perlanggaran dan penderhakaan. Dia mengajar kamu supaya kamu mengingat.”

Ayuh kembali kepada manual kehidupan dunia dan akhirat kita, al-Quran dan as-Sunnah, sebagai menyambut seruan Allah SWT agar kembali kepada keduanya jika ada perkara yang kita persilihkan. Sesungguhnya keadilan di muka bumi Malaysia ini tidak akan tertegak selagi mana al-Quran dan as-Sunnah tidak dijadikan sumber rujukan pemerintahan. Sama ada Islam memerintah atau kita akan terus dizalimi, pilihan di tangan anda.

Ikhwanul Muslimin & Masa Depan Mesir
Revolusi 25 Januari di Mesir telah menarik perhatian dunia dengan menyaksikan penggulingan Hosni Mubarak selepas hampir 30 tahun berkuasa sebagai Presiden Mesir. Asas demokrasi dan tuntutan ekonomi telah membangkitkan kesedaran rakyat Mesir untuk bangkit menumbangkan rejim yang zalim dan mengamalkan kuku besi. Hari ini Negara Mesir sekali lagi mendapat perhatian media tempatan mahupun antarabangsa ekoran dari peristiwa pemilihan Presiden Mesir yang pertama pasca revolusi.

Proses pemilihan presiden kali ini menyaksikan tumpuan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai latarbelakang yang islamik seperti beberapa nama ‘favourite’ iaitu Dr Abdel Monem Abul Futouh (mantan pimpinan kanan Ikhwanul Muslimin), Syaikh Hazim Abu Ismail (calon Salafi) , Dr Muhammad Salem al-Ewwa (mantan setiausaha Persatuan Ulama’ Sedunia) dan juga calon dari Ikhwanul Muslimin (IM) melalui Parti Kebebasan & Keadilan (FJP) iaitu Ir Khairat Shatir.

Ikhwan Muslimin, yang memenangi pilihanraya parlimen dengan majoriti yang besar beberapa bulan lepas telah mencalonkan Ir Khairat Shatir sebagai calon bagi jawatan presiden. Keputusan ini diumumkan sendiri oleh Mursyidul ‘Am IM, Dr Muhammad Badie’ setelah Majlis Syura IM seramai 108 orang (110 jumlah sebenar) meluluskan keputusan tersebut. Ini merupakan satu keputusan yang mengejutkan sesetengah pihak, namun bagi pihak IM sendiri, keputusan meletakkan calon mereka bertanding jawatan presiden mempunyai sebab tersendiri memandangkan keadaan Mesir sekarang ini yang masih berada di bawah kuasa Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) bukannnya diserahkan kepada rakyat lagi.

Di sebalik itu, beberapa orang kanan Hosni Mubarak telah dicalonkan sebagai Presiden Republik Mesir seperti Omar Sulaiman, Ahmad Syafiq dan Amru Musa. Masing-masing mempunyai peranan yang tertentu semasa di bawah pemerintahan rejim Mubarak dan merupakan penentang kuat kepada Islam di Mesir. Keberadaan mereka dalam senarai calon menjadikan politik di negara republik ini semakin genting.

Perlu dimaklumi, angin perubahan di Mesir tidak dipandang enteng oleh negara-negara besar dunia seperti Amerika Syarikat (AS), Israel, Eropah, Turki dan lain-lain. Perubahan pemerintahan dan dasar luar Mesir akan mempengaruhi ‘iklim’ beberapa buah negara. Israel dan AS pastinya tidak dapat duduk diam apabila menyaksikan IM memenangi majoriti kerusi parlimen Mesir yang diadakan baru-baru ini. Ini tanda awal Islam sebagai watak utama dalam pasca revolusi ini.

Jika diteliti, Israel dan AS tidak hanya bimbang pengaruh Islam akan kembali berakar di bumi anbiya’ itu tetapi dalam masa yang sama, mereka mungkin akan kehilangan ‘aset’ mereka yang paling bernilai iaitulah minyak. Terusan Suez merupakan salah satu lalu lintas mengangkut petroleum terpadat di dunia. Minyak juga merupakan senjata politik oleh negara Arab yang terlibat dalam perang Arab-Israel pada 1973-1974. Kerana itu menjadi keutamaan Israel dan AS untuk memastikan fundamental dan polisi luar negara Mesir tidak jatuh ke tangan golongan pro-Islamis.

Pemilihan Presiden Republik Mesir Mei ini akan menjadi penentu segala-galanya. Meskipun rejim zalim Hosni Mubarak telah pun tumbang beberapa bulan yang lalu, itu tidak bermakna Negara Mesir sudah pun bebas dari cengkaman musuh-musuh Islam. Majlis Perwakilan Rakyat Mesir telah mengeluarkan suatu bentuk draf menghalang konco-konco Hosni Mubarak daripada bertanding dalam pemilihan presiden kali ini namun draf itu enggan diiktiraf oleh SCAF. IM perlu mengatur strategi bagi memastikan kemenangan calon-calon pro-Islamis di Mesir atau Mesir akan kembali ke zaman kelam.

written by Hafiz Mansor, Vice President II Ma’ruf Club

Pantun Beringat Sebelum Kena!
Dia Tuhan Maha Menjaga,

Allah yang satu kekal ada,

Kuasa tuhan usah diduga,

Tsunami berlaku sebagai tanda.

Ummat islam umat cemerlang,

Sentiasa bangun sentiasa maju,

Tsunami tak mustahil akan berulang,

Ibrah diambil satu persatu..

Petanda demi petanda,

Tsunami melanda manusia merasa,

Apa ditunggu apa ditanya,

Mari kembali pada Yang Esa.

Bala tsunami sebagai ingatan,

Musnah alam tanda kiamat,

Wahai abdi Ingatlah kematian,

Maka, Hentikan maksiat.

bandar musnah , hancur sudah,

Dihanyut ombak besar,

Itulah balasan bagi pesalah,

Bagi Manusia yang jauh tersasar.

Ingat adik ingat kawan,

Ibadah perlu dijaga,

Tsunami dahsyat tak mampu lawan,

Sekali terkena tak terkata.

credited to Nur Islam Rosli

may Allah bless her effort!

SISTERS : PERSIAPAN ASET NEGARA
Transformasi sosial yang menyeluruh dan kenaikan 23.4 % penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan di sektor awam antara contoh pencapaian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [ KPWKM ] dalam tempoh tiga tahun sepanjang 2009 – 2012. Kejayaan ini telah membuktikan potensi wanita dioptimumkan sebagai asas kepada tiang negara dan salah satu unsur pembangunan negara.

Dalam usaha melestari dan melonjakkan pencapaian diatas dengan lebih efektif, harus diakui bahawa Malaysia hari ini berhadapan beberapa cabaran umumnya dalam kalangan tiga komposisi wanita di Malaysia iaitu :

Ketandusan Kepemimpinan Wanita

Kenaikan peratusan penyertaan wanita dalam bidang pentadbiran negara menunjukkan ruang untuk wanita mengoptimumkan peranannya di peringkat nasional telah diberi perhatian serius. Namun, prestasi kepemimpinan wanita hari ini masih lagi tidak melengkapi dua paksi utama kepimpinan – kompetensi [Qawiyy] mahupun integriti [Al – Amin]. Pelbagai krisis, pertikaian dan konflik yang berlaku nyata merencatkan perjalanan agenda kemajuan buat manfaat seisi masyarakat.

Kejahilan Hak – Hak Wanita

Antara kelemahan yang ketara dalam kalangan wanita hari ini adalah tidak memahami dengan mendalam hak – hak mereka. Kebanyakan daripada mereka cenderung memilih untuk tidak mengambil tindakan atau berdiam diri apabila terperangkap dalam kezaliman, diekspoitasi, mahupun dimanipulasi. Namun, wanita juga perlu berilmu dalam menuntut hak supaya tidak melampaui batas – batas yang telah digariskan oleh syara’ dan perundangan.

Keruntuhan Akhlak Gadis Semasa

Saban hari kita dipaparkan dengan pelbagai berita yang menunjukkan kerosakan moral dan akhlak remaja mahupun gadis semasa. Keldai dadah, lari dari rumah, pengkid, isu ketransjantinaan dan pelbagai masalah – masalah sosial kian meruncing.

Justeru, cabaran – cabaran yang disebutkan di atas menuntut kita selaku mahasiswi khususnya untuk bersama – sama mempersiapkan diri dengan segala keupayaan serta memanfaatkan peluang berada di taman ilmu institusi pengajian tinggi antaranya :

Mengoptimumkan peluang majlis – majlis ilmu bagi menguasai asas – asas kefahaman Islam walau apa jua bidang pengajian yang sedang ditekuni

Melatih diri untuk terus mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian

Mengkaji akar umbi punca dan realiti permasalahan masyarakat

Melengkapkan diri dengan segala ilmu dan kemahiran asas seni memimpin di mana – mana peringkat

Persiapan ini penting kerana mahasiswi merupakan aset terbesar negara dan unsur terpenting yang merintis proses perubahan menyeluruh demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang. Kunci masyarakat idaman bermula dari perubahan sikap kita!

Wallahua’alam.

ADIELA KAMARIZZAMAN,

Timbalan Presiden II

Ma’ruf Club 2011/2012

Menarik Tentang al-Imam as-Syafi’e!
Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Idris, dilahirkan di Gaza pada 150H, iaitu pada hari wafatnya Imam Abu Hanifah. Beliau Wafat di Fusthath, Mesir (pada malam Jumaat selepas Maghrib, hari terakhir bulan Rajab 204H). Imam Syafie tinggal di Makkah, bersama ibunya ketika berusia 2 tahun. Guru beliau yang utama ialah Imam Malik. Imam Syafie berperwatakan berkepala botak atau jika tidak mempunyai rambut panjang kusut, dan beliau sering memakai jubah lusuh.

Keilmuan al-Imam as-Syafie diiktiraf dalam ilmu al-Quran & hadith, ilmu feqah, ilmu bahasa, sastera, nahu, dan balaghah. Beliau juga mahir dalam bersajak & mencipta syair, di samping menguasai ilmu nujum. Beliau disegani di kalangan masyarakat Arab kerana kemahiran beliau menghafal dan mempunyai pengetahuan tentang Salasilah keturunan Arab.

Ramai tidak mengetahui akan kelebihan-kelebihan unik yang ada pada al-Imam as-Syafi’e. Antaranya beliau boleh menghafal pelajaran sebelum gurunya selesai mengajar. Perjalanan ilmu al-Imam as-Syafie amat sukar. Beliau bahkan menggunakan pecahan-pecahan genting, kulit-kulit binatang kering, pelepah-pelepah pohon kurma, dan tulang unta untuk menulis hadith. Perbuatan beliau disedari ibunya lalu ibunya mengumpulkan kesemua tulisan-tulisannya dalam satu bekas.

Imam as-Syafie juga dikagumi akan kekuatan daya ingatannya sejak kecil. Beliau telah mula menghafaz al-Quran sejak umurnya 9 tahun, bahkan diberi kepercayaan untuk mengeluarkan fatwa pada usia beliau baru mnececah 15 tahun! Beliau bahkan mampu menghafal kitab al-Muwattha’ (karangan Gurunya, Imam Malik) selama 9 malam sahaja.

Kehebatan beliau dalam mengeluarkan fatwa, mencurahkan ilmu dan berda’wah kepada masyarakat menyebabkan beliau disegani seluruh masyarakat Arab di tempatnya pada ketika itu. Namun, kehebatan beliau tidak menjadikan beliau seorang yang sombong, bahkan menurut beberapa pendapat ulama’, beliau tidak pernah berdebat dengan seorang pun. Hal ini amat berbeza dengan metod yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah yang lebih mengambil pendekatan berlawan hujah (memandangkan pada zaman Imam Abu Hanifah merupakan zaman kemasukan pelbagai ajaran dan dakyah bukan Islam).

Ketokohan Imam as-Syafie tidak terhad kepada ilmu dan sumbangan beliau terhadap dunia keilmuan Islam semata-mata. Hal ini dibuktikan melalui keperibadian Imam as-Syafie yang amat kuat beribadah kepada Allah. Beliau pernah mengkhatamkan al-Quran 60 kali dalam bulan Ramadhan, di luar solat. Menurut pendapat yang lain, Imam as-Syafie sekali beliau membuka lembaran al-Quran, beliau akan khatamkannya. Katanya, “Aku malu sekali pada al-Quran jika sudah ku buka, aku tidak sampai ke akhirnya (khatam).” Imam Syafi’e pada usianya tujuh tahun, tatkala beliau membaca Al-Quran, betapa ramainya orang yang mendengar menitiskan air mata. Meskipun beliau begitu banyak amalannya, namun beliau di penghujung riwayat hidupnya masih mengatakan yang beliau masih tidak dapat menjamin dirinya akan masuk syurga atau neraka. SubhanAllah!

Pesanan Imam as-Syafi’e kepada semua penuntut ilmu:

“Selamanya tidak ada sesuatu pun yang patut disabitkan kepadaku. Tiada suatu ilmu di dalam kalbuku kecuali aku ingin ilmu itu menjadi milik semua orang.”

“Saya tidak pernah makan kenyang sejak usia enam belas tahun, kerana kekenyangan akan menambahkan berat badan, mengeraskan hati, menumpulkan otak, mudah mengantuk dan malas beribadah.”

“Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan, kerana dalam perantauan itu ada lima kegunaan, iaitu menghilangkan kesedihan, mencari penghidupan, mendapatkan ilmu, megagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan orang ramai.”

“Kau tidak akan memiliki ilmu, kecuali dengan enam syarat, yang akan disebutkan seperti berikut: kecerdasan, semangat waja, rajin dan tabah, berkemampuan, bersahabat dengan guru dan waktu yang lama.”

“Orang yang diangkat darjat mulia kerana ilmunya, tidak mungkin diberi harta melimpah. Kerana ilmu dan harta tidak mungkin jalan bersama.”

“Aku terjaga di tengah malam untuk menekuni ilmu, lebih nikmat bagiku daripada mendengar lagu merdu atau mencium bau wangian.”

“Seseorang yang memiliki sifat wara’, tidak akan mempedulikan keburukan orang lain, oleh kerana ia sibuk dengan keaibannya sendiri. Ibarat orang sakit, ia tidak akan mungkin menghiraukan penyakit orang lain, kerana ia sibuk dengan penyakitnya sendiri.”

“Jadilah engkau sebagai seorang faqih sekaligus sufi. Demi Allah, dengan begitu aku hanya akan setia kepadamu. Faqih itu berhati keras, tidak ada rasa takut di dalam hatinya. Sedangkan sufi itu orang bodoh; mana mungkin orang yang bodoh itu boleh jadi benar?”

JOM SAYANG ULAMA’!!

Posted by Syafiq,

Information, Publication & Media,

Ma’ruf Club

Discover the Beauty of Islam